06 January 2014

KATA

#KATA#

Bentuk bebas yang kita tahu maksud itu, boleh berdiri sendiri dan ada erti.
Contoh : baju, orang, kasut

Binaan kata tidak boleh dibahagi / dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil yang tidak membawa makna.
Contoh : ma, ka, rang

KATA NAMA
Golongan kata nama boleh dipecahkan kapada subgolongan bardasarkan ciri-ciri semantik perkataannya, iaitu seperti yang berikut:

1. Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
  • Kata nama khas hidup
  • Kata nama khas tak hidup

Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua iaitu:
  • Kata nama khas hidup manusia
  • Kata nama khas bukan manusia

2. Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama am hidup manusia, kata nama an hidup bukan manusia, kata nama am tak hidup institusi

  • Kata nama am hidup manusia
Kata nama jenis ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti yang berikut:
Ø      Guru
Ø      Kanak-kanak
Ø      Pelayan
Ø      Ibu

  • Kata nama am hidup bukan manusia
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya:
Ø      Gajah
Ø      Bidadari
Ø      Malaikat
Ø      Pokok

  • Kata nama am tak hidup institusi
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna kata nama am. 
Kata nama institusi ini bolah dikenalpasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian. Contohnya:
Frasa Sendi Nama
       Sendi Nama
       Kata nama am institusi

       Kepada
       Daripada
       Sekolah
       Hospital
       Lembaga
       Universiti

  • Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian tidak dapat didahului oleh sendi nama kepada dan daripada, sebaliknya didahului oleh ke dan dari. Contohnya:

Frasa Sendi Nama
Sendi Nama
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit

                    Ke
                    dari
              Rumah
              Padang
              Jalan
              Bandar
              Bumi

  • Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya:

Frasa Nama
Bilangan
       Kata nama am tak hidup        bukan institusi abstrak berbilang


Satu
Tiap-tiap
              Senyuman
              Hisapan
              Bayangan
              Pendapat
              Rancangan
              Gangguan

  • Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya adalah seperti berikut:

Ø      Roh
Ø      Hawa
Ø      Iklim
Ø      Kecantikan
Ø      Keadilan
Ø      Ketibaan

3. KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti diri nama orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga.

i.        Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata  ganti nama tunjuk, iaitu itu  untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.

ii.      Kata ganti nama diri
 Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
a.  Kata ganti nama diri Tanya
b.  Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri Tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang.

Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Contohnya :
#Kata ganti nama diri orang pertama    : saya, aku, beta, patik, kami, kita
#Kata ganti nama diri orang kedua        : saudara, kamu, awak, engkau, dan anda
#Kata ganti nama diri orang ketiga        :  ia, dia, beliau, mereka, dan –Nya

KATA KERJA
Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 

Kata kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti pleh pelengkap.
Oleh itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja transitif tak berpelengkap. Contoh-contoh kata kerja tak transitif:
  • kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Ø      bangun
Ø      tumbang
Ø      berjalan
Ø      menjerit
              
  • kata kerja tak transitif berpelengkap

Ø      beransur
Ø      tinggal
Ø      menjadi
Ø      berbuat
Ø      berbantalkan

Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contohnya:
Ø      Ali membeli buku. (aktif)
Ø      Buku dibeli oleh Ali. (pasif)

  Kata kerja (transitif aktif)
     Kata kerja (transif pasif)
       makan
       Dimakan, kumakan, kaumakan
       mengambil
       Diambil, kuambil, kauambil
       memperisteri
       Diperisteri, kauperisteri

KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun kata adjektif apat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya Sembilan kumpulan berdasarkan berdasarkan makna perkataan-perkataannya, iaitu:

       Kata Adjektif
Contoh-contohnya
       Kata adjektif sifat / keadaan
Baik, pandai, cerdik, gopoh, lemah, kasar,berani, segar,tenang, tegas
       Kata adjektif warna
Putih, kuning, merah, hijau, biru,
       Kata adjektif ukuran
Panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam, tohor
       Kata adjektif bentuk
Bulat, bundar, leper, bujur, lonjong
       

       Kata adjektif pancaindera
Rasa       : sedap, manis, masam, kelat
Pandang  :cantik, molek, hodoh, ayu
Dengar    : merdu, bising, nyaring,    
Bau         : harum, wangi, busuk, hapak
Sentuh    : halus, licin, kasar, keras,
       Kata adjektif waktu
Segera, spontan, lewat, lambat, awal
       Kata adjektif cara
Cepat, laju, deras, lambat, perlahan
       Kata adjektif perasaan
Rindu, geram, cinta, benci, sayang
       Kata adjektif jarak
Jauh, dekat, hampir, nyaris 

KATA TUGAS
Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsure inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun tugas-tugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut:
  • Kata hubung             : dan, atau, tetapi
  • Kata seru                 : wah, amboi, aduh
  • Kata Tanya               : bagaimana, bila, berapa, mengapa
  • Kata perintah            : sila, tolong, harap
  • Kata pangkal ayat     : hatta, maka, syahadan
  • Kata buntu               : akan, sudah, pernah
  • Kata penguat            : sangat, amat, paling
  • Kata penegas            : juga, -lah, -tah, pun
  • Kata nafi                  : tidak, bukan
  • Kata pemeri              : ialah, adalah
  • Kata sendi nama       : di, dari, dalam
  • Kata pembenar         : ya, benar, betul
  • Kata bilangan           : dua, segala, beribu-ribu, masing-masing
  • Kata arah                 : atas, bawah, dalam
  • Kata pembenda         : -nya
  • Kata penekan            : -ny





1 comment: