25 November 2012

BICARA ISNIN : BAHASA MELAYU SEMAKIN DIPINGGIRKAN?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa perdagangan. Tetapi kini, semakin bangsa menuju ke arah pemodenan, di mana kedudukan bahasa Melayu dan ke arah mana hala tujunya?


Bahasa Melayu semakin kurang penggunaannya terutama di peringkat pengajian tinggi. Alasan kerap didengar adalah kerana bahasa ini tidak lengkap bagi tujuan menuntut ilmu.



sumber : SINAR HARIAN, 26 NOVEMBER 2012



16 November 2012

PENJODOH BILANGAN (A-B)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

Penjodoh bilangan ialah kata nama yang menjadi pasangan kepada kata bilangan bagi menerangkan bentuk, saiz, dan rupa kata nama yang mengikutinya.
Penjodoh Bilangan
Penggunaan
Ayat Contoh
Angkatan
Kumpulan manusia atau benda yang tersusun.

Contoh : askar, penyair, karyawan
Ahmad bertugas dalam angkatan tentera sejak dahulu lagi.
Baris
Benda, bangunan, atau orang yang berbaris, berderet atau tersusun.

Contoh : gigi, kerusi, kedai, meja
Sebaris pohon menghiasi jalan masuk ke rumahnya.
Batang
Benda yang panjang, bulat dan keras

Contoh : gigi, kayu, kapur, pen
Beberapa batang tiang rumahnya mulai reput.
Bentuk
Benda kecil yang melengkung

Contoh : cincin, mata kail, subang
Sebentuk mata kail tersangkut pada dahan itu.
Berkas
Benda yang terikat dalam jumlah banyak

Contoh : kayu, rotan, sirih
Pak mat memikul seberkas kayu api.
Bidang
Benda yang luas dan rata

Contoh : kain layar, tanah, permaidani
Pak Karim mengusahakan sebidang kebun.
Biji
Benda kecil berbentuk bulat atau seakan-akan bulat

Contoh : bola, buah-buahan, cawan
Dia mampu makan dua biji durian.
Bilah
Semua jenis senjata besi yang tajam dan runcing

Contoh : cangkul, kapak, pisau, parang
Di bawah rumahnya ada sebilah kapak lama.
Buah
Benda padu yang tidak mempunya saiz atau bentuk yang tertentu

Contoh : bangunan, meja, kereta, kerusi
Azman telah membeli sebuah kereta berjenama Toyota di ibu kota.
Buku
Benda berbongkah yang kecil

Contoh : keju, roti, sabun
Harga sebuku sabun itu Cuma RM1.20.
Bungkus
Benda yang dibungkus dalam kertas atau plastik

Contoh : kacang, keropok, nasi, mi
Marina makan dua bungkus nasi lemak.
butir
Benda yang kecil dan bulat

Contoh : beras, mutiara, permata, telur
Dalam tiram itu terdapat sebutir mutiara.