27 December 2012

PEMBENTUKAN KATA KERJA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

-     Berasaskan pembentukannya, kata kerja terbahagi kepada empat subgolongan.

Istilah
Pembentukan
1.  Kata kerja Tunggal

·        Kata kerja yang tebina daripada perkataan dasar sahaja.

Contoh : makan

= makan
2.  Kata kerja Majmuk

·        Kata kerja yang terbina daripada dua kata dasar atau lebih.

Contoh : kaji, uji

= uji kaji
3.  Kata kerja Terbitan

·        Kata kerja yang terbina daripada proses pengimbuhan.

Contoh : masak

= memasak
4.  Kata kerja Ganda

·        Kata kerja yang telah mengalami proses penggandaan.

Contoh : bersalam

= bersalam-salaman
-     Contoh pembentukan kata kerja :

Kata kerja tunggal
Kata kerja majmuk
Kata kerja terbitan
Kata kerja gandaan
contoh
·        siram
·        uji kaji
·        memasak
·        mandi-manda
·        bawa
·        ambil alih
·        bermalam
·        gotong-royong
·        hadir
·        tolak ansur
·        dibungkus
·        pukul-memukul
·        pukul
·        kenal pasti
·        diperbesar
·        berguling-gulingan
·        makan
·        bersatu padu
·        dibesarkan
·        melompat-lompat
·        datang
·        berurus niaga
·        bergulingan
·        bersalam-salam
·        hancur
·        menunjuk ajar
·        memperindah
·        tembak-menembak










25 December 2012

KATA KERJA TAK TRANSITIF


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP

1.  Merujuk kata kerja yang mesti menerima pelengkap untuk menyempurnakan ayat.
2.  Tanpa pelengkap, maksud ayat jadi tergantung.

Bil.
Kata Kerja
Pelengkap
Maksud Ayat
1.
Saya ada

Maksud ayat tergantung dan sukar difahami.
2.
Saya ada
bola.
Bola ialah pelengkap – maksud ayat jelas.






Unsur
Subjek
Kata kerja
Pelengkap
Kata Nama
1.  Ramlan
2.  Rumah itu
3.  Puan Rossa
berada
beratapkan
memiliki
di Melaka.
daun bertam.
chalet di pantai itu.
Kata Adjektif
1.  Wajah Mak Munah
2.  Gadis kampong itu
3.  Suasana di kampung itu
kembali
kelihatan
beransur
ceria.
sungguh ayu.
sunyi kembali.
Frasa Sendi Nama
1.  Mereka
2.  Angin kencang itu
3.  Peserta lawatan itu
tinggal
menuju
bermalam
di rumah itu.
ke arah pantai.
di Hotel Perdana.





KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

1.  Merujuk perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya sendiri.
2.  Kata kerja ini dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Bentuk
Subjek
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kanak-kanak itu
menangis.
Pak Tua
tertidur.
Pohon kelapa
meliang-liuk.
 
3.  Contoh-contoh kata kerja tak transitif tanpa pelengkap seperti berikut :
pengsan
termenung
menjeling
berehat
berucap
belajar
karam
bergaduh
menjerit

4.  Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh menerima unsure keterangan untuk menambah maklumat tambahan.
Bentuk
Subjek
Kata Kerja
Penerangan
Kata kerja tak transitif dengan keterangan
Dia
menangis
kerana lapar.
Matahari
baru terbit
sebentar tadi.
Raju
pengsan
akibat keletihan.
Encik Johan
berucap
dalam majlis itu.
Catatan : tanpa keterangan , ayat di atas sudah lengkap.





24 December 2012

JUALAN BUKU HASANI 2O12

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum

[IMG_0058.JPG]
Bersempena dengan Karnival Kembali ke Sekolah 2013 , kedai buku HASANI EDAR Sdn. Bhd akan mengadakan jualan buku secara besar-besaran bermula dari 14 Disember 2012 hingga 14 Januari 2013.

Para pengguna boleh menikmati potongan harga istimewa : 
Latihan & Agama - 25% 
Rujukan, Umum, Novel, Kamus - 20% 
Alatulis - 15%  
Tadika - 35%
dan lain-lain ...
Anda boleh rujuk peta di bawah untuk memudahkan perjalanan anda ke jualan tersebut.
Jom kita ke sana. Peluang untuk kita menambahkan koleksi bahan bacaan serta keperluan akademik dengan harga potongan istimewa yang menguntungkan.



by :