30 January 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 3




Minggu          : 3
Tarikh            : 9 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang

Topik             : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
      • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
      • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

 Soalan           : Apakah yang dimaksudkan dengan garis panduan dan etika panduan internet?
      • Maksud garis panduan
      • Contoh garis panduan


JAWAPAN    :

i.              Maksud garis panduan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.

Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.


ii.            Contoh garis panduan

Hak Akses Pengguna
Hak akses dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahasa semua aset ICT di bawah kawalannha (termasuk maklumat) adalah hak milik kerajaan.

Memilih laman
Laman yang dilayari hendaklah berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh guru.

Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Rujukan sumber internet perlu dinyatakan

Memuat Naik Bahan
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada guru sebelum dimuat naik.

Memuat Turun Bahan
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara.





29 January 2013

BMM3105 : FORMAT MINGGUAN 3




JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
___________________________________________________________________________________
Minggu          : 3
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu  Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 3 & 4, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik              : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
      • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet.
      • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint.

Tarikh            : 7 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang
Bil.
Perkara
Catatan
1.
1.1     Muat turun garis panduan dan etika penggunaan internet dan simpan ke folder yang berkaitan.

Soalan:
1.2        Apakah yang dimaksudkan dengan garis panduan dan etika penggunaan internet.
-       Maksud garis panduan
-       Contoh garis panduan

Sumber Rujukan :
http://akubit.blogspot.com/2012/01/tajuk-3-aplikasi-garis-panduan-dan.html
http://bmm3105wanie.blogspot.com/2011/02/aplikasi-garis-panduan-etika-penggunaan.html
http://mradhabmm3105.blogspot.com/2012/03/minggu-3-aplikasi-garis-panduan-dan.html

Lampiran            : Rujuk Folder Teks


Tarikh            :  9 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dalam bentuk:
1. Persembahan Power Point

Butiran:

1.1  Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
 Kuala Lipis, Pahang. (Logo Institut)
1.2  BBM 3105
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
1.3  Disediakan Oleh :
1.4  Pensyarah Subjek :
1.5  Tajuk
1.6  Isi
1.7  Penghargaan
1.8  Sekian/ Tamat


2.
Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dalam bentuk bahan grafik “BROSUR” menggunakan perisian MS Word atau lain-lain perisian yang sesuai dan simpan dalam folder “GRAFIK”
2. Brosur

1.1  Teknik penghasilan brosur adalah seperti berikut :
  1. Buat dalam perisian Microsoft Publisher.
  1. Buat dalam 2 muka surat.
     Muka surat 1:
      Ruang kanan
       i.  Tajuk – ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
      ii.   Grafik (Imej)
      Ruang Tengah
      i. Nama jabatan
      ii. Nama IPG
      iii. Logo IPG
      Ruang Kiri
       i. Kod dan Nama Subjek
       ii. Disediakan oleh
       iii. Pensyarah subjek
Muka surat 2
Isi:
  1. Tatacara Penggunaan Internet
  2. Pelanggaran tatacara penggunaan Internet

4.
Rumusan :






      Tanda Tangan Pelajar                             Tanda Tangan Pensyarah

    ..............................................                            .................................................
(                                                      )                   (                                                   )


Tarikh : ......................................





22 January 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 2



Mingggu         : 2
Tarikh             : 7 Januari 2013
Topik              : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
      • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
      • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

1.1      Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. Membina sub folder bagi Topik 2
-         Folder Audio
-         Folder Video
-         Folder Grafik
-         Folder Teks
-         Folder Animasi
-         Folder laman web

1.2     Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan perkara berikut?
i.       Audio
ii.      Video
iii.    Grafik
iv.     Teks
v.      Animasi
vi.     Laman Web

1.3      Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
 - Kemahiran mendengar.
 - Kemahiran bertutur.
 - Kemahiran membaca.
 - Kemahiran menulis.


JAWAPAN :

i.              Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satudaya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ia lebih mantap dan berkesan. Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

ii.            Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ia juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan atau emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

iii.           Grafik
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Ia merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

iv.           Teks
teks merupakan salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.

v.            Animasi
Animasi merupakan salah satu bahagian grafik komputer yang menyajikan pandangan-pandangan yang sangat aktraktif juga merupakan sekumpulan gambar yang dipaparkan secara berturut-turut dengan cepat untuk mensimulasi gerakan yang hidup. Pemanfaatan animasi boleh ditujukan untuk simulasi, menarik perhatian pengguna komputer pada bahagian tertentu dari skrin, membayangkan cara kerja suatu alat atau memaparkan keluaran program dengan gambar-gambar yang menarik berbanding dengan sederetan angka, serta tidak ketinggalan untuk program-program permainan

vi.           Laman web
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan HyperText Transfer Protocol.



15 January 2013

BMM3105 : FORMAT MINGGUAN 2


JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

Minggu          : 2
Subjek           : BMM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 3, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik             : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
      • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
      • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Tarikh            : 7 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang
Bil.
Perkara
Catatan
1.
1.1      Mendapatkan bahan pembelajaran Bahasa Melayu dengan melayari internet.
1.2      Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
           Membina sub folder bagi Topik 2
-         Folder Audio
-         Folder Video
-         Folder Grafik
-         Folder Teks
-         Folder Animasi
-         Folder laman web
1.3     Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan perkara berikut?
i.       Audio
ii.      Video
iii.    Grafik
iv.    Teks
v.      Animasi
vi.    Laman Web

Sumber Rujukan :
http://mhdamin2011.blogspot.com/2012/09/bmm-3105-pengajaran-dan-pembelajaran.html
http://hashim81.blogspot.com/2012/08/modul-bmm-3105-pengajaran-dan.html
Lampiran             : Rujuk Folder Audio, Video, Grafik, Teks,
                              Animasi dan Laman Web

Tarikh            : 9 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang
Bil.
Perkara
Catatan
1.

1.1 Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder
      berdasarkan kemahiran bahasa.
a)    Kemahiran mendengar.
b)    Kemahiran bertutur.
c)    Kemahiran membaca.
d)    Kemahiran menulis.

1.2 Pembentangan individu yang didapati hasil pembelajaran
      Topik 1, iaitu :


3.
Rumusan :

     Tanda Tangan Pelajar                                 Tanda Tangan Pensyarah

.......................................................                      .........................................................
(                                                       )                   (                                                       )

Tarikh : ......................................





08 January 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Minggu          : 1
Tarikh             : 2 Januari 2013
Masa              : 2.00 – 5.00 petang
Topik              : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
      • Menggunakan web, video, audio, teks dan imej
      • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
      • Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog


Soalan 1        : Apakah yang dimaksudkan dengan enjin carian?
Jawapan       :

        Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda. 

       Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. 

       Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. 

       Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. 


Soalan 2        : Contoh-contoh enjin carian.
Jawapan       :