26 July 2012

GELARAN DIRAJA





AGUNG
  • Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  => Duli Yang Maha Mulia (DYMM)
  • Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong   => Duli Yang Maha Mulia (DYMM)
  • Bekas Raja Permaisuri Agong   => Yang Maha Mulia (YMM)

PERLIS
  • Raja Perlis   => Duli Yang Maha Mulia  Tuanku
  • Raja Perempuan   => Duli Yang Maha Mulia Tuanku
  • Raja Muda Perlis   => Yang Teramat Mulia
  • Raja Puan Muda   => Yang Teramat Mulia

KEDAH
  • Sultan Kedah   => DYMM Al-Sultan
  • Sultanah   => DYMM Tuanku
  • Raja Muda Kedah   => Yang Teramat Mulia
  • Raja Puan Muda   => Yang Teramat Mulia

SELANGOR
  • Sultan Selangor   => DYMM Sultan
  • Tengku Ampuan   => DYMM Tengku Ampuan

NEGERI SEMBILAN
  • Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan   => DYMM Tuanku
  • Tengku Ampuan   => DYMM Tuanku

TERENGGANU
  • Sultan Terengganu   => DYMM Sultan
  • Tengku Ampuan Besar   => DYMM Tengku Ampuan
  • Yang Dipertua Muda Terengganu   => Duli Yang Teramat Mulia (DYTM)

PERAK
  • Sultan Perak   =>  DYMM Paduka Seri Sultan
  • Raja Permaisuri   =>  DYMM  Raja Permaisuri
  • Raja Muda Perak  =>  DYTM
  • Raja Puan Besar     =>  DYTM

KELANTAN
  • Sultan Kelantan   => Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku (KDYMM)
  • Raja Perempuan   => DYMM Tuanku

PAHANG
  • Sultan Pahang   => KDYMM Sultan
  • Tengku Ampuan   => KDYMM Sultanah
  • Tengku Mahkota Pahang  => Yang Teramat Mulia (YTM)
  • Tengku Puan Pahang   =>  Yang Amat Mulia (YAM)

JOHOR
  • Sultan Johor   => DYMM Baginda Sultan
  • Sultanah Johor  =>  DYMM Baginda Sultanah
  • Tunku Mahkota Johor   =>  Duli Yang Amat Mulia (DYAM)
  • Isteri Tunku Mahkota   =>  Yang Amat Mulia (YAM)





18 July 2012

MORFOLOGI : KATA NAMA




Kata nama digunakan untuk menyebut nama orang, benda, haiwan dan tumbuhan.

Kata nama terbahagi kepada tiga subgolongan iaitu :
=> Kata nama am
=> Kata nama khas
=> Kata ganti nama


KATA NAMA AM

Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, haiwan, tumbuhan, tempat dan manusia secara umum.

Kata nama am ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.

Kata nama am juga meliputi benda hidup dan benda bukan hidup :
*contoh benda hidup yang konkrit (nyata) = orang, tumbuhan, haiwan.
*contoh benda hidup yang abstrak (tidak nyata) = jin, hantu, malaikat.

Benda bukan hidup dibahagikan kepada dua kategori, iaitu benda dalam konteks institusi :
*contoh benda bukan hidup berupa institusi = sekolah, pertubuhan, asrama
*contoh benda bukan hidup bukan institusi = jiwa, senyuman, iklim, ketibaan

PEMBENTUKAN KATA NAMA AM

Berdasarkan pembentukannya, kata nama am terbahagi kepada empat jenis :
1. Kata Nama Tunggal
 - terbina daripada satu kata dasar.
 - contoh : ibu, bola, buku, garam, cawan dan lain-lain.
2. Kata Nama Majmuk
 - terbina daripada dua kata dasar atau lebih.
 - contoh : segi tiga, alat tulis, hak cipta, jam tangan dan lain-lain.
3. Kata Nama Terbitan
 - terbina daripada proses pengimbuhan.
 - contoh : penyanyi, makanan, juruselam, pertandingan dan lain-lain.
4. Kata Nama Ganda
 - Mengalami proses penggandaan.
 - contoh : lelumba, pepohon, bola-bola, kayu-kayan dan lain-lain.

KATA NAMA KHAS

Kata nama khas digunakan untuk menyebut nama sesuatu secara khusus meliputi :
- Manusia : Hashim, Doktor Kassim
- Haiwan : Si Tompok, Harimau Bintang, Si Belang
- Tumbuhan : Orkid Isabella, Limau Mandarin
- Tempat : Muzium Negara, Menara Berkembar Petronas
- Benda : Proton Exora, Planet Zuhal

Kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar pada huruf awal perkataan.

Kata AKRONIM (dibina daripada percantuman beberapa huruf awal sesuatu perkataan seperti RISDA, ASEAN) juga termasuk dalam kelompok kata nama khas.

Kata gelaran "si" dan "sang" boleh juga diberi pengertian khusus.
(contohnya : Si Mati, Sang Kancil).


KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan nama sesuatu sama ada secara umum atau secara khusus.  

Komponen kata ganti nama ini melibatkan lapan subgolongan :
  1. Kata ganti nama diri pertama
  2. Kata ganti nama diri kedua
  3. Kata ganti nama diri ketiga
  4. Kata ganti nama diri singkat
  5. Kata ganti nama diri tanya
  6. Kata ganti nama diri tak tentu
  7. Kata ganti nama diri tempat
  8. Kata ganti nama diri tunjuk
Kalau nak tahu pasal subgolongan kata ganti nama diri ni, cuba klik di sini. Paan dah buat satu entry pasal subgolongan ni. 







KATA NAMA : KATA GANTI NAMA DIRI




KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA

Kata ganti nama diri pertama digunakan bagi menggantikan diri orang yang bercakap.
  • aku 
  • daku
  • patik 
  • hamba
  • kita
  • kami 
Elakkan menggunakan kata ganti nama diri "aku" ketika bercakap dengan orang yang lebih tua, sesorang harus dihormati, atau dalam situasi majlis yang formal/ rasmi.


Kata "kami/ kita" sudah membawa makna jamak. Jadi tak wajar jika disusuli dengan kata "semua" seperti "kami semua/ kita semua".



KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA


Digunakan bagi menggantikan diri orang yang diajak bercakap/ yang sedang mendengar percakapan orang pertama.
  • anda
  • awak
  • kamu
  • engkau
  • dikau
  • tuanku
  • kalian
Elakkan menggunakan kata "awak", "kamu", atau "engkau" apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa atau lebih tinggi darjat/ pangkatnya daripada diri sendiri.


KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA

Digunakan bagi menggantikan diri orang lain yang memperkatakan halnya.
  • ia
  • dia
  • beliau
  • baginda
  • -nya
  • mereka
Elakkan menggunakan kata "ianya" sebagai kata ganti nama ketiga.

Kata "ia" digunakan hanya untuk manusia, buka sebagai ganti diri benda atau haiwan.

Gunakan kata ganti rujukan untuk menyatakan ganti diri benda, haiwan, atau tumbuhan. 
Contohnya : Ini kucing Ali. Kucing ini bernama Tompok. Bulunya berwarna putih.




KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

Merujuk kata ganti nama yang digugurkan sebahagiannya tanpa menghilangkan maknanya sebenar.
  • ku (aku)
  • mu (kamu)
  • kau (engkau)


Kata ganti nama diri singkat "ku" boleh hadir sebelum frasa kerja dan selepas frasa nama atau sebilangan frasa sendi nama yang hendak dirangkaikan.
*contoh : sebelum frasa kerja : kupinta, kuharap, kucari
            : selepas frasa nama : rumahku, adikku, untukku


Kata ganti nama diri singkat "mu" hanya boleh hadir selepas frasa nama atau sebilangan frasa sendi nama yang hendak dirangkaikan.
*contoh : rumahmu, kepadamu, buatmu


kata ganti nama diri singkat "kau" hanya boleh hadir sebelum frasa kerja yang hendak dirangkaikan.
*contoh : kaubawa, kaukatakan, kausimpan


Jika tulis nama diri singkat merujuk kepada Tuhan, tulis awalnya dengan huruf besar atau gunakan tanda sempang diikuti huruf besar pada awal kata.




KATA GANTI NAMA DIRI TANYA


Merujuk kata ganti nama yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.
  • apa
  • siapa
  • mana
dalam ayat pertanyaan susunan biasa, semua kata tanya (?) terletak pada akhir ayat.
contoh ayat : Budak itu siapa?

Ayat pertanyaan songsang boleh dipadankan dengan partikel "kah".
contoh : siapakah budak itu?



KATA GANTI NAMA DIRI TAK TENTU


Digunakan untuk menggantikan diri orang, haiwan, tumbuhan, benda, atau sesuatu yang tidak ditentukan.
  • apa-apa
  • siapa-siapa/ sesiapa
  • mana-mana
  • bila-bila

KATA GANTI NAMA DIRI TAK TEMPAT

Untuk menunjukkan tempat atau lokasi sesuatu benda.
  • sini (paling dekat)
  • situ (agak jauh)
  • sana (lebih jauh)
screaming cartoon baby

KATA GANTI NAMA DIRI TAK TUNJUK

Digunakan untuk menunjuk sesuatu benda atau perkara.
  • ini
  • itu














PENGENALAN MORFOLOGI




Morfologi atau golongan kata ialah kumpulan perkataan yang
menjadi dasar pembentukan sesuatu bahasa.


Golongan kata dalam bahasa Melayu terdiri daripada
komponen berikut :
 --> Kata Nama
 --> Kata Kerja
 --> Kata Adjektif
 --> Kata Tugas