22 April 2013

PAMERAN BMM3105 IPGKTAA


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

InsyaAllah, pada 26 April 2013, Jumaat, bertempat di Pusat Sumber Al Kindi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, akan diadakan Seminar dan Pameran TMK dalam Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang (BMM3105).

Pameran ini merupakan anjuran Guru Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester Tiga dan Program Pensiswazahan Guru di bawah Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA.

Anda dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara dan aktiviti pameran pada hari tersebut .




PANTUN 2 KERAT (NASIHAT)



         Pantun merupakan puisi tradisional yang digunakan secara meluas sejak zaman dahulu kala hingga ke zaman sekarang. Kini penggunaan pantun masih  lagi digunakan dalam aktiviti seperti majlis rasmi, majlis perkahwinan, pertandingan-pertandingan dan banyak lagi.

           Pantun mempunyai rima. Bagi pantun 2 kerat rimanya ialah aa. Jenis-jenis pantun dinamakan dan diklasifikasikan berdasarkan isi atau maksudnya, tema yang hendak disampaikan dan peranannya kepada masyarakat.

BIL
Rangkap Pantun
Maksud
1.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.
Berharap agar rakan sudi membantunya lagi.
2.
Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.
Orang yang banyak bercakap selalu bercakap bohong.
3.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas.
Berharap agar rakan membalas surat yang diterima.
4.
Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Orang yang malas berusaha sudah pasti tidak akan berjaya.
5.
Pagi petang siang malam,
Hari terang senang faham.
Orang yang bijak mudah memahami sesuatu perkara.
6.
Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.
Manusia mesti bertanggungjawab terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya.
7.
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.
Orang yang terakhir mestilah berkemas.
8.
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.
Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
9.
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.
Penipu dan pencuri dipandang hina dalam masyarakat.
10.
Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.
Setelah dimarahi, barulah tahu membawa diri.



BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 14



JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 14
Tarikh            : 22 April 2013
Masa              : 10.30 am – 1.30 pm

Topik             : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran  dalam Pengajaran  Bahasa Melayu


SOALAN       :
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan cakera padat?
  2. Nyatakan jenis-jenis cakera padat dan fungsinya. 
  3. Bagaimanakah cakera padat dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu?


JAWAPAN    :


CAKERA PADAT

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.

Bagaimana cakera padat menyimpan data?

Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

Perbezaan CD dan DVD

Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.

Format CD

Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD

Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.


Jenis cakera padat

a.    Cakera Liut
  • Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik.
  • Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur.
  • Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.


b.    Cakera keras
  •    Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak
  •     Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.
  •       Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.
  •      Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.
  •      Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.
  •     Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.


c.    Cakera Optik
  •       Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik.
  •    Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait).
  •     Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.
  •    Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut)
  •     Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam.
  •       Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.

d.    Cakera Kilat
  •    Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.
  •    Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.
  •     Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait.
  •      Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,[4] disambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

  
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.

Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
  • Puisi tradisional dan kesusasteraan
  • Latihan dan soalan


Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI
JENIS CAKERA
Kesusasteraan
Cakera sastera seperti pantun, syair atau
cerpen pendek.
Tatabahasa
Cakera latihan tatabahasa.




BMM3105 : FORMAT MINGGUAN 14



JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
_____________________________________________________________________________________
Minggu          : 14
Subjek           : BMM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 2, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik              : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran  dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Tarikh            : 22 April 2013 (Isnin)
Masa              : 10.30 am – 1.30 pm
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Soalan

1.1. Apakah yang dimaksudkan dengan cakera padat?

1.2  Nyatakan jenis-jenis cakera padat dan fungsinya.

1.3 Bagaimanakah cakera padat dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu?

Sumber Rujukan :


Lampiran             :



Tarikh            : 22 April 2013 (Isnin)
Masa              : 10.30 am – 1.30 pm
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tugasan:

1.1  Simpan bahan pembelajaran Subjek BMM3105 sepanjang semester ini ke dalam cakera padat.

1.2  Sediakan kulit dan label cakera padat yang telah dimuatkan bahan pembelajaran subjek BMM3105 – pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer.
 I. Label pada cakera padat (CD) perlu mengandungi butiran seperti yang berikut:
  a) Nama Pelajar
  b) Unit
  c) Kod Kursus : BMM3105
  d) Nama Kursus: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

II. Bekas cakera padat (CD) perlu mengandungi butiran yang berikut:
    a) Logo IPG
    b) Nama IPG
    c) Nama pelajar
    d) Unit
    e) Kod Kursus
    f) Nama Kursus


3.
Rumusan


Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah

..............................................                                ...................................................
(                                                      )              (                                                           )

Tarikh : ......................................




21 April 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 13



JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 13
Tarikh            : 20 April 2013
Masa              : 9.00 am – 12.00 pm

Topik             : Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


SOALAN       :
1          Apakah yang dimaksudkan dengan animasi?
2          Bagaimanakah ikon-ikon animasi boleh digunakan dalam pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer?


JAWAPAN    :

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Menggunakan Animasi Perkataan dan Objek Powerpoint.


Power Points

Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.

Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart

(ii) Transition dan Animation

(iii) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :

Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.


(ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :


Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint