13 March 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 11



JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 11
Tarikh            : 11 Mac 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang

Topik             : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  -         Konferensi secara dalam talian
  -         Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
  -         Merakamkan perbualan

SOALAN       :
1. Apakah maksud koferensi secara dalam talian?
2. Apakah perisian yang boleh digunakan dalam konferens secara dalam talian
3. Bagaimana konferensi secara dalam talian dapat  beroperasi?


JAWAPAN    :

Pengenalan

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:

Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling

Jenis Persidangan Video

contoh jenis persidangan

Contoh penggunaan sidang video ialah

Konferensi Secara Atas Alian

Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter­utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem­punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.

Transmisi sidang video

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:

(i) Cekup (capture)

-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian sidang
   video yang kemudiannya dimampatkan.

(ii) Mampat

-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem

(iii) Siar

-   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan
   melalui talian telefon yang biasa.
-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak
   bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.


Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis.

(i) Sidang video menggunakan perisian skype:

Langkah 1:
Langkah 2:
Langkah 3:
Langkah 4:
Langkah 5:

(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger

Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype. Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah.

Langkah 1:
Langkah 2:
Langkah 3:
Langkah 4:
Langkah 5:
Langkah 6:
Langkah 7:
Langkah 8:
Langkah 9: (hasil )




BMM3105 : FORMAT MINGGUAN 11




JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
_______________________________________________________________________________________
Minggu          : 11
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 2
Topik              : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
-       Konferensi secara dalam talian
-       Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
-       Merakamkan perbualan
Tarikh            : 11 Mac 2013
Masa              : 10.30 am – 1.30 pm
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Soalan:
1. Apakah maksud koferensi secara dalam talian?
2. Apakah perisian yang boleh digunakan dalam konferens secara dalam 
     talian :
3. Bagaimana konferensi secara dalam talian dapat beroperasi?

Sumber Rujukan :


.
Tarikh            : 11 Mac 2013
Masa              : 10.30 am – 1.30 pm
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tugasan:
i. Pilih satu tajuk pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu

ii. Buat satu rakaman sidang video berdasarkan tajuk  tersebut dengan 
    menggunakan perisian yang bersesuaian.  



Rumusan




                                                                                      

Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah

 ..............................................                     ...................................................
(                                                       )                 (                                                     )

Tarikh : ......................................





08 March 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 10




JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 10
Tarikh            : 6 Mac 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang

Topik             : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa 
                          Melayu

SOALAN       :
Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan video dan audio dalam pengajaran dan pembelajaran?


JAWAPAN    :

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan :
(i)            Penentuan peringkat pengajaran
(ii)          Kemahiran bahasa
(iii)         Penentuan peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.

Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(i) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:

Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
·         Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
·         Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
·         Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
·         Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
·         Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
·         Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.

Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Penggunaan elemen audio

Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.

Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan elemen video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
(i)         Membina bahan video
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5

Membina bahan audio

Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.


Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.





BMM3105 : FORMAT MINGGUAN 10




JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
______________________________________________________________________________________
Minggu          :  10
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 2-, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik              : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Tarikh            : 6 Mac 2013 (Rabu)
Masa              : 10.30 am – 1.30 pm
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan video dan audio dalam pengajaran dan pembelajaran?

Sumber Rujukan :



Tarikh            : 6 Mac 2013 (Rabu)
Masa              : 10.30 am – 1.30 pm
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tugasan:

Bina bahan video dan audio untuk Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Perisian Movie Maker.

Tempoh persembahan bahan adalah untuk sekurang-kurangnya lima minit.



Rumusan:





                                                                                      

Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah

 ..............................................                     ...................................................
(                                                       )                 (                                                       )


Tarikh : ......................................