20 January 2014

AYAT

  • Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang TERBINA dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu SUBJEK dan PREDIKAT.

BINAAN AYAT

Ayat dasar
Pelajar itu tidak hadir.

Ayat tunggal
Pelajar itu tidak hadir pada petang semalam.

Ayat majmuk
Pelajar itu tidak hadir pada petang semalam kerana ibunya sakit.


1. AYAT DASAR

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar.
Secara ringkasnya, empat pola ayat dasar tersebut seperti berikut:

Pola 1 - Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Contoh Ayat : Abdullah (FN) pelajar Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.(FN)

Pola 2 - Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Contoh Ayat : Pengetua (FN) sedang berucap. (FK)

Pola 3 - Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Contoh Ayat : Erra Fazira (FN) sungguh cantik. (FA)

Pola 4 - Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FK)
Contoh Ayat : Ibu pejabat syarikat kami (FN) di Kuala Lumpur. (FS)


2. AYAT TUNGGAL

  • Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
  • Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
  • Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
  • Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki itu
            Predikat  =  sedang menembak burung .
  • Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
        -> Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.
        -> Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
        -> Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)
        -> Nama encik siapa?
        -> Berapakah keuntungan kita hari ini?
  • Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  • Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

3. AYAT MAJMUK

  • Terdiri daripada lebih daripada satu klausa
  • Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
  • Ayat majmuk terbahagi kepada tiga pecahan iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk keterangan, dan ayat majmuk campuran.

Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada dua ayat tunggal atau lebih yang digabungkan menjadi satu. Ayat ini menggunakan kata hubung seperti ‘dan’, ‘atau’, ‘serta’, ‘lalu’, ‘sambil’, dan ‘tetapi’. 

Contoh :
Aminah pandai menyanyi
Aminah pandai menari
Aminah pandai menyanyi dan menari


Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbentuk daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen, dan ayat majmuk pancangan keterangan. 

a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang dipancang ke dalam ayat induk dengan memakai pancangan relatif 'yang'.

Kanak-kanak itu cedera.
Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Samad.
Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Pak Samad.


b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut:

Dia memberitahu sesuatu.

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “giginya sakit'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

Dia memberitahu bahawa giginya sakit.

Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif. Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.


c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh:

Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu

Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.

Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.


i) Ayat Keterangan Sebab
Ayat keterangan sebab ialah unsur atau sebahagian ayat yang menerangkan sebab-musabab berlakuknya sesuatu perbuatan atau kejadian. Lazimnya menggunakan kata hubung ‘sebab’, ‘kerana’, ‘oleh sebab’, dan ‘lantaran’. 

ii Ayat Keterangan Waktu
Ayat keterangan waktu merupakan unsur atau ayat yang menerangkan masa atau waktu sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung ‘tatkala’, ‘ketika’, ‘sewaktu’, ‘semasa’, ‘sejak’, ‘semenjak’, ‘setelah’, dan ‘sementara’.

iii) Ayat Keterangan Cara
Ayat keterangan cara ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan gaya atau kaedah atau cara sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Ayat ini menggunakan kata hubung ‘dengan’. 

iv) Ayat Keterangan Pertentangan
Ayat keterangan pertentangan ialah unsur atau ayat yang sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan atau bertentangan. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung ‘walaupun’, ‘sungguhpun’, ‘meskipun’, ‘namun’, dan ‘sedangkan’.

v) Ayat Keterangan Akibat
Ayat keterangan akibat ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan kesan atau hasil perbuatan atau akibat daripada sesuatu perbuatan atau kejadian. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung ‘hingga’ dan ‘sehingga’. 

vi) Ayat Keterangan Perbandingan
Ayat keterangan perbandingan ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan perbuatan atau kejadian yang menunjukkan persamaan. Ayat ini kebiasaannya menggunakan kata hubung ‘seperti’, ‘macam’, ‘seakan-akan’, ‘bagai’, dan ‘bak’. 


Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang.

Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan, ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.
contoh 1 : 
Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu, atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.
contoh 2: 
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (U3).
(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)
contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2).
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).
contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2).
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).





16 January 2014

KLAUSA


  • Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu prediket yang berpotensi menjadi ayat.
  • Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.
  • Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

KLAUSA BEBAS

  • Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis. 
  • Perhatikan contoh berikut:

Klausa
Ayat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
budak itu
mendengar radio
Budak itu
mendengar radio.
ujian tadi
amat susah
Ujian tadi
amat susah
jambatan itu
jambatan kayu
Jambatan itu
jambatan kayu.
mereka
ke pantai
Mereka
ke pantai.

  • Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
  • Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah manakala klausa tidak.

KLAUSA TIDAK BEBAS

  • Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, yakni terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
  • Ciri utamanya ialah didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
  • Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Adik gagal dalam ujian itu kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga .
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutan, banjir akan melanda kawasan itu.
  • Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat campuran.
  • Hal ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih klausa; iaitu terdapat klausa bebas dan klausa tak bebas.
  • Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.




15 January 2014

FRASA

Unit yang terdiri daipada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan.
Tidak mengandungi subjek dan prediket.

Binaan Frasa
Terbahagi kepada 4 jenis:
  • Frasa Nama (FN)
  • Frasa Kerja (FK)
  • Frasa Adjektif (FA)
  • Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa Nama
Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:
  • Inti + Penerang
  • Inti + Penerang Nama
Contoh: askar Melayubudak perempuangelang kakibilik mesyuarat
  • Inti + Penerang Bukan Nama
Contoh: seekor burungkasut baharurumah di kampung
  • Inti + Inti
Contoh: datuk nenekkampung halamanpinggan mangkukteruna dara

Frasa Kerja
Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek).
  • Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama).
  • Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).

FK Tanpa Objek
  • FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan)
  • Contoh: 

Datuk sedang mandi (di sungai itu)
Emak sudah pergi (ke pasar)
  • FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan)
  • Contoh: 

Ali berada di dalam rumahnya
Sarimah menjadi penyanyi

FK Dengan Objek
  • FK dengan satu objek
  • Contoh: 

Saya menjawab surat itu
Penumpang itu menaiki feri
  • FK dengan dua objek
  • Contoh: 

Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya
Kakak memasak makanan untuk kami

Frasa Adjektif
Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai:

FA sebagai predikat
Contoh: 
Suara penyanyi itu merdu
Warna bajunya kemerah-merahan

FA sebagai unsur keterangan (KK)
Contoh: 
Mereka pulang segera
Kereta bergerak terlalu laju

FA sebagai penerang KN dalam predikat
Contoh: 
Nasi lemak masakan popular
Usman Awang Pensyair Agung

#Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
Penguat Hadapan 
  • palingterlalu
  • Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising
Penguat Belakang
  • sekalibenarnian
  • Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
Penguat Bebas
  • amatsungguh
  • Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani sungguh

Frasa Sendi Nama
Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS:
  • Sendi Nama + Frasa Nama
Contoh: ke sekolah rendah / daripada kayu jati
  • Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Contoh: ke luar jendela / dari dalam hatinya
  • Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara
  • Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam 


Nota Tambahan
Frasa Nama  
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
 Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:
Frasa Nama
Nota
Penerang
Inti
Perdana
Menteri
Penerang nama jawatan
Tuan
Ahmad
Penerang gelaran/panggilan
Timbalan
Menteri Pelancongan
Penerang nama jawatan

Frasa Nama

Nota

Bilangan
Penjodoh bilangan
inti
Lapan
bilah
pedang
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan
Semua
-
murid
Penerang kata bilangan
Enam
ekor
buaya
Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
Contoh:
Inti
Penerang Adjektif
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
Penentu belakang
Kereta
berkilat
ayah
itu

Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)

Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
( i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
( kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
Keterangan
Lelaki itu
sedang
makan
di atas meja.
maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu
masih
menulis
di papan hitam.
bayi itu
sedang
merangkak
dengan laju.
Jamal
akan
datang
esok
Khatib
sedang
berkhutbah
di surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
pelengkap
Penerang
keterangan
Mereka
akan
pulang
ke rumah
secepat mungkin
dalam minggu ini
pelengkap frasa sendi nama
Ahmad
ingin
menjadi
penyanyi
yang terkenal
di negara ini
pelengkap kata nama
Saya

tinggal
di Klang


Pelengkap frasa sendi nama

Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
Nota
Penguat hadapan
Kata Adjektif
Penguat Belakang
Ahli Gusti itu
sungguh
handal


Ali
sangat
pandai


Awak

hebat
betul

 Frasa sendi nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik,  ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Alias

dari
arah selatan
Tanjung Malim
Rombongan sekolah
akan
ke

Menara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abu

di
depan
masjid