JAWAPAN
MINGGUAN
Minggu : 4
Tarikh : 14 Januari 2013
Masa
: 10.30 pagi – 1.30 petang
SOALAN
:
Nyatakan aspek kesusasteraan yang
digunakan dalam proses pengajaran sastera Bahasa Melayu
Guru bahasa perlu bijak dalam
memilih bahan sastera untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru
perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik
yang digunakan serta latar belakang pelajar yangakan diajar. Guru boleh saja
memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak seharusnya bersandarkan kepada
buku teks semata-mata. Guru perlu berusahamencari atau memilih dari
sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku ceritarakyat, koleksi-koleksi
sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akandisenaraikan beberapa
prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa.
Antaranya, Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan
bahan berupa petikan seperti berikut :
- Pandangan guru Bahasa Melayu. ‘Apakah tujuan ia memilih sesuatu petikan itu?’
- Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.
- Linguistik dan pedagogi. ‘Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan?’
Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya
bahasa yang baik, mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh
diterapkan kepada pelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya.
Pergerakan proses pembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan
daripada perkarayang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi
sukat-sukat bagi prinsip pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa. Manakala
menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud,
2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi juga perlu diambil
kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajar dalam
kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanak terbahagi
kepada empat peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun), tahap 4 romantik
(umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahap generalisasi
(umur 16 tahun). Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi
pelajar akanmemudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan.
Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar
belakang dan budaya pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
kurang berkesan atautidak berkesan sama sekali. Dalam pada itu EL Moody
seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip penting dalam pemilihan bahan
iaitu :
- Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar.
- Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak.
- Adanya urutan kronologi.
- Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan.
Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan
oleh ahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip
pemilihan bahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta
mempertimbangkan perkaraseperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan,
objektif pengajaran dansebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang
membanggakan dan tidak berkesan.
No comments:
Post a Comment