JAWAPAN MINGGUAN
Minggu :
6
Tarikh :
28 Januari 2013
Masa :
10.30 pagi – 1.30 petang
Topik : Mengapikasikan
Stuktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Soalan:
a)
Apakah yang di maksudkan
dengan struktur perpautan?
b)
Jelaskan struktur
perpautan berikut.
i.
Struktur Hierarki
ii. Strktur Komposit
iii.
Struktur Rangkaian
iv.
Struktur Linear
c) Paparkan struktur-struktur perpautan di atas melalui rajah atau grafik.
d) Berikan satu contoh bagi setiap struktur perpautan di
atas.
JAWAPAN :
Struktur
Perpautan lebih dikenali sebgai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering
digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita
sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk “powerpoint”. Hal ini
kerana pengendalian struktur perpautan di dalam “powrpoint” lebih mudah
berbanding dalam bentuk lain.
Strruktur
Perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi
spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung
hyperteks ini selalunya berbeza dari segi font. Penghubung hyperteks ini juga
mengandungi satu alamat ang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.
Struktur hierarki
Struktur hierarki dikenali sebagai struktur pokok. Setiap
paparan mewakili topik atau tajuk utama
yang berkaitan dengan pelajaran. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan
kepada beberapa topik kecil atau sub topik (dahan dan ranting). Peranan
guru dalam struktur hierarki ini ialah
menyediakan satu laman utama yang di dalamnya mempunyai beberapa pautan yang
boleh membantu murid-murid menyelesaikan tugasan atau latihan mereka.
Peranan murid pula ialah mereka perlu melayari laman
induk terlebih dahulu untuk melihat struktur perpautan yang berkaitan dengan
laman yang berkenaan. Kesimpulannya, murid dapat menggunakan satu laman web
yang akan menghubungkan mereka kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
tajuk utama mereka.
Struktur Komposit
Struktur komposit merupakan struktur yang lebih kompleks
berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan
di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem
penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. Melalui
struktur ini murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan
yang diberikan.
Struktur Rangkaian
Struktur rangkaian menyediakan pautan atau hubungan di
antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada
pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
Struktur Linear
Struktur linear ialah sistem penerokaan yang hanya
membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke
hadapan atau ke belakang sahaja. Bahan
1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang
pautan. Murid memulakan pencarian di
laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid
mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
No comments:
Post a Comment