JAWAPAN MINGGUAN
Minggu :
8
Tarikh :
20 Februari 2013
Masa :
10.30 pagi – 1.30 petang
Topik : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas
Talian (online) dan Luar Talian (offline)
SOALAN :
1.
Apakah yang dimaksudkan pengajaran atas talian dan luar
talian?
2.
Huraikan perkara-perkara berikut:
a)
TMK untuk Pembelajaran Tutorial
b)
TMK untuk Pembelajaran Penerokaan
JAWAPAN :
PENGAJARAN ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN
Pengajaran
secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan
internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara
langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet.
Berbeza
pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan
internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut
menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung
daripada hubungan dengan internet.
Seringkali
bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati
fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk
menyambung talian ke komputer pengguna.
1. Dapat mengakses bahan dengan cepat
2. Kepelbagaian bahan di internet
3. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid
dalam mencari bahan.
ICT (TMK) UNTUK
PEMBELAJARAN TUTORIAL
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila
digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
- Pembelajaran ekspositori
- Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
- Latihan atau latih tubi yang di sampaikan dan dikawal oleh sistem.
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran
tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam
CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction
(CAI)4 digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya
istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring
System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan
perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri. Pembelajaran
ekspository merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan
maklumat kepada murid yang pasif. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang
terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap
perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen berikut :
- Mempersembahkan maklumat
- Membimbing
- Menyediakan/memberi latihan
- Menilai pencapaian
Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran
tutorial sebahagian besar direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional
P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama
dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi
oleh guru (Clack dan Sun, 1996). Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana
pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan
pertimbangan boleh :
- mengakibat pembaziran masa dan tenaga
- menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
- menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
- mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut
perlu diberi pertimbangan :
- Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
- Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian
- Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
- Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah
merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini
perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :
o
Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
o
Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
o
Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.
Penggunaan
ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:
- Kelas yang mengandung murid yang ramai dengan kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.
- Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer. Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini guru boleh menggunakan perisian khusus untuk pemulihan.
- Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
ICT (TMK)
UNTUK PEMBELAJARAN PENEROKAAN
Penggunaan
ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium
untuk :
- mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
- mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
- melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang diterima melalui ICT. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana
murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Kelebihan Mengguna
ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
- Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
- Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
- Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
- Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment