05 February 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 5




JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 5
Tarikh            : 16 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang

Topik       : Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pengajaran dan   Pembelajaran Bagi Subjek Bahasa Melayu 
                           Berbantukan Komputer


Soalan 1 :
Apakah perbezaan dan persamaan antara laman web dengan blog?

Apa itu Blog?

Blog adalah singkatan kepada Web-log. Log pada kata dasarnya adalah catatan samada dalam frekuensi sekali sesaat, sekali seminit, sekali sejam, sekali sehari, sekali seminggu dan sebagainya. Ia merupakan satu catatan diary didalam media elektronik berasaskan Internet. Blog sesuai digunakan oleh mereka yang bukannya terdiri daripada golongan berlatarbelakangkan IT. Blog mempunyai reka bentuk yang ringkas dengan pemilihan tema yang sesuai. Kebiasaannya lebih ringkas sesebuah tema Blog itu, akan mempercepatkan proses muat-turun imej dan sebagainya. Aktiviti mengemaskini blog dipanggil “blogging” manakala orang yang mengemaskini blog dipanggil “blogger”.

Apa itu Website (Laman Web)?

Satu atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer. Capaian adalah menerusi Internet. Setiap Web site mempunyai muka surat pertama yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. Muka surat-mukas urat ini kemudian disambung antara satu sama lain membentuk satu rangkaian yang berakhir dengan persembahan maklumat kepada pelayar Web. Laman Web lebih sukar untuk dikemaskini dan kebiasaannya ia memaparkan maklumat-maklumat berbentuk statik.

Perbezaan Blog dan Laman Web

Secara umumnya,  blog yang tipikal mengandungi teks dan imej serta pautan ke blog, laman web atau media lain yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dibincangkan.  Blog boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian bergantung kepada tumpuan penggunaannya.  Antaranya ialah seperti berikut :
Blog teks                    : Blog yang menumpukan teks atau penulisan.
Blog foto                    : Blog yang menumpukan gambar foto.
Blog MP3                   : Blog yang menumpukan muzik.
Vlog                            : Blog yang menumpukan video.
Pempodkasan          : Blog yang menumpukan audio.

Selain daripada itu, blog juga boleh dikelaskan berdasarkan fokus perbincangan yang diutarakan, misalnya isu politik tempatan dan luar negara, berita tempatan, perangkaian sosial, perkongsian resepi, sukan, hiburan dan sebagainya. Justeru itu ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti diari dalam talian, blog korporat, blog usaha sama, blog politik, blog projek, blok pendidikan dan banyak lagi.

Ada beberapa cara mudah untuk mengenali ianya adalah blog, yang pertama blog mempunyai ruangan komen untuk para pengunjung memberikan komen. Ada juga yang sering menganggap blog amanz.my (sebagai contoh) adalah laman web, padahal ia sebenarnya sebuah laman blog. Kedua, biasanya blog mempunyai logo atau header, jika anda menekar pada header tersebut samaada ianya teks atau gambar ia tetap membawa anda ke homepage. Ketiga blog biasanya dikemaskini dengan lebih kerap berbanding laman web dan biasanya turutan blog ada menurut urutan krolonogikal entri tersebut di bina.

Berbeza dengan blog, laman web boleh dikategorikan sebagai satu perantaraan atau medium yang menghubungkan pelayar internet dengan pemilik laman web. Pemilik laman web boleh terdiri daripada individu, kumpulan syarikat atau sesiapa sahaja. Ia boleh didefinisikan sebagai satu koleksi fail web yang mengandungi pelbagai tajuk termasuklah fail permulaan yang dikenali sebagai homepage. Sebagai contoh, kebanyakan syarikat, organisasi atau individu ada mempunyai “Alamat Laman Web” atau dikenali sebagai IP Address seperti : www.ibm.com, www.lhdn.gov.my dan sebagainya. Selain itu, laman web juga menggunakan teknologi hiperteks secara meluas yang merupakan bahagian daripada dokumen atas talian yang mana, apabila dipilih oleh pengguna ia akan terus membawa pengguna ke dokumen yang berkaitan. Teknik hiperteks ini membolehkan maklumat dikumpulkan sebelum ia dihubungkaitkan dalam satu struktur tautan multidemensi yang sesuai untuk dipersembahkan.

Fungsi laman web bergantung kepada objektif pemilik laman web tersebut. Untuk seseorang individu, laman web peribadi mungkin hanya untuk kegunaan peribadi sahaja iaitu sekadar untuk suka-suka atau sebagai salah satu cara untuk menonjolkan diri agar mudah untk mendapatkan pekerjaan, menambahkan kenalan dan untuk merapatkan silaturrahim. Individu yang gemar mereka bentuk laman web peribadi untuk mencuba teknologi web terkini seperti skrip terbaru yang canggih atau animasi Flash.  Laman web juga digunakan untuk memaparkan dan menonjolkan identiti korporat sesuatu syarikat.

Pada zaman sekarang ini, sesebuah organisasi yang tidak mempunyai laman web sendiri mungkin akan turun nilainya pada pandangan mata orang ramai.  Semakin banyak syarikat yang menjalankan perniagaan atau perdagangan secara internet sebagai salah satu strategi untuk memasarkan produk mereka.  Dalam era globalisasi, cara yang digelar e-dagang ini ternyata berkesan dalam meningkatkan hasil pendapatan syarikat disebabkan internet boleh dicapai di mana-mana sahaja dan peluang perniagaan adalah tidak terhad dan melangkaui sempadan.

           Dari segi domain pula, jika ada terjumpa domain dot com, dot net dan lain-lain dot tidak semestinya ia adalah laman web. Kerana ada juga blog yang pemiliknya telah menukarkan ia menjadi domain berbayar dan bukan lagi seperti sub domain free di blogspot dan wordpress.


Soalan 2:
Jelaskan pemahaman anda tentang penggunaan Prinsip CASPER dalam persembahan Power Point.

Pengenalan

Reka letak dalam perisian persembahan elektronik ialah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan. 

Prinsip Reka Letak CASPER

Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton. 

Skrin yang diletakkan dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang dihasilkan kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER adalah berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut: 

Contrast   (Perbezaan yang ketara)

Kunci atau prinsip contrast menyatakan bahawa jika dua item tidak serupa, maka harus jadikan mereka berbeza iaitu sangat berbeza. Idea utama di sebalik contrast ialah untuk mengelak unsur dalam paparan kelihatan hampir sama. Contrast adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Contrast  boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
  1. font jenis besar dan jenis kecil
  2. font berlainan muka taip
  3. garis halus dan garis kasar
  4. warna sejuk dan warna hangat
  5. tekstur licin dan tekstur kasar
  6. unsur  mendatar dan unsur menegak
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  8. grafik kecil dan grafik besar.

Alignment   (Penjajaran) 

Pereka grafik selalunya ingin meletakkan teks dan grafik di mana terdapat tempat kosong di atas paparan tanpa memikirkan item lain. Akibatnya keadaan menjadi berselerak, contohnya seperti dapur yang berselerak dengan cawan di sini, piring di sana, napkin di atas meja dan kain pencuci di atas lantai. 

Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian kursus agar kelihatan menarik. Pembangun perisian kursus seharusnya pandai menyusun item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal.  Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian kursus. 

Simplicity  (Ringkas) 

Grafik dan animasi perlu ringkas, mudah dan dapat merangsang  pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan.  Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas paparan seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran.  Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.  Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah.
              
Proximity   (Jarak antara objek) 

Secara ringkas proximity boleh dikatakan sebagai reka letak dari aspek jarak antara teks, jarak antara grafik serta jarak antara teks dan grafik. Item-item yang mempunyai kaitan antara satu sama lain berkaitan perlu dikumpulkan supaya dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.  tem-item yang tidak berkaitan pula harus dijarakkan untuk mengelakkan tindanan supaya dapat dilihat sebagai membawa maklumat yang berlainan. Hasilnya paparan  akan kelihatan menjadi satu unit visual yang mempunyai beberapa unit maklumat yang terpisah. 

Emphasis  (Penekanan) 

Pembangunan paparan perisian kursus perlu kepada cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara dan maklumat  yang hendak disampaikan melalui paparan.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk :
  •          saiz teks dan objek, 
  •          bentuk teks dan objek, 
  •          susun atur teks dan objek, 
  •          warna teks, warna objek dan warna latar, 
  •          grafik dan animasi.

Namun begitu adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian, yang mana boleh menyebabkan tumpuan  lebih kepada elemen sampingan dan bukan kepada maklumat sebenar yang hendak disampaikan melalui paparan.

Repetition  (Pengulangan) 

Kewujudan piawaian antara paparan  dapat membantu pengguna mentafsir dan memahami dengan mudah mesej yang diberikan melalui perisian kursus. Pengulangan penekanan (emphasis) tertentu  seperti warna latar dan  saiz serta bentuk font dalam persembahan akan membantu pemahaman pengguna terhadap kategori mesej yang sedang disampaikan melalui perisian kursus.

Namun begitu pengulangan yang  terlalu banyak perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan paparan menjadi tidak menarik sehingga tidak dapat menyampaikan mesej. Dalam keadaan tertentu, suatu mesej boleh diulang dengan menggunakan media yang berlainan termasuk media teks, grafik, audio atau animasi. Hal ini membolehkan pelbagai pengguna yang mempunyai kecenderungan berbeza terhadap media menggunakan sesuatu perisian kursus dengan tahap keberkesanan yang sama.    

Panduan Asas Membina Slaid Paparan Persembahan 

Terdapat lima media yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik, iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.  Dalam satu persembahan elektronik tidak semestinya kelima media ini digunakan. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada pengguna.

Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif terhadap persembahan seperti :
  1.     penggunaan warna yang banyak dan menyilau menyebabkan mata pengguna akan merasa letih. 
  2.       paparan persembahan yang dibina menggunakan warna, font teks dan saiz teks yang terlalu banyak dalam sesuatu persembahan akan menganggu tumpuan seterusnya membosan pengguna.
  3.    kandungan kognitif yang terlalu banyak dalam satu paparan menjejas keupayaan pengguna membentuk kefahaman seperti yang diharapkan oleh pembina persembahan.  


Perkara Yang Perlu diberi Perhatian Dalam Pembinaan Persembahan 

Dalam pembinaan sesuatu persembahan, lima perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu :

i.        Keperluan persembahan 
Persembahan elektronik yang menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai kerana pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar. Persembahan menggunakan gambar pula adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks.  

ii.        Golongan sasaran pengguna 
Dalam membangun persembahan yang mempunyai golongan sasaran terdiri daripada golongan kanak-kanak TADIKA adalah lebih sesuai pembangun perisian menggunakan animasi. Penggunaan animasi yang banyak pula tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa.  

iii.        Lokasi persembahan 
Persembahan di dewan yang besar tetapi menggunakan teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan pengguna tidak dapat membaca mesej yang hendak di sampaikan dan akhirnya akan menyebabkan rasa bosan di kalangan penonton.  

iv.        Makna kepada mesej persembahan 
Persembahan yang membawa mesej yang sedih dan sayu tetapi menggunakan warna panas dan terang adalah tidak sesuai sebaliknya warna yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni.
v.        Memilih media yang berkaitan
Pembangun persembahan perlu memilih media yang berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembangun persembahan. Contohnya klip video yang menunjukkan senario kampus tidak sesuai dijadikan video pengenalan untuk persembahan teknik bola sepak.   

vi.        Mencipta kerangka persembahan menggunakan papan cerita 
Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk secara bersiri dan ia juga adalah  skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia. Paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar papan cerita, pembangun perisian perlu mengaplikasikan prinsip reka letak. Papan cerita  disediakan di peringkat awal proses reka bentuk.  Papan cerita merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian tentang apa yang hendak dipaparkannya dalam sesuatu persembahan multimedia.

Papan cerita perlu mengambil kira elemen berikut:
  • warna atau objek latar paparan
  • jenis mata huruf, saiz dan warna teks,
  • imej seperti gambar dan grafik pegun,
  • grafik animasi,
  • audio iaitu  suara serta bunyi latar dan objek bunyi,
  • video dan 
  • unsur interaktif seperti hotspot  

Kelebihan papan cerita            
Penyediaan papan cerita memberi beberapa kebaikan berikut :

  • Membolehkan pembangun perisian kursus mencambah minda dan idea
  • Membolehkan pembangun perisian merancang reka bentuk muka perisian kursus di peringkat awal.
  • Membolehkan pembangun perisian kursus menzahirkan idea sebelum dipindahkan ke paparan di komputer.
  • Membolehkan pembangun  perisian kursus merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah.
  • Membolehkan perubahan yang dikehendaki dilakukan dengan mudah.
  • Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian kursus.
  • Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting.
  • Membolehkan pembangun perisian kursus mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian kursus.




No comments:

Post a Comment