22 January 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 2



Mingggu         : 2
Tarikh             : 7 Januari 2013
Topik              : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
      • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
      • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

1.1      Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. Membina sub folder bagi Topik 2
-         Folder Audio
-         Folder Video
-         Folder Grafik
-         Folder Teks
-         Folder Animasi
-         Folder laman web

1.2     Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan perkara berikut?
i.       Audio
ii.      Video
iii.    Grafik
iv.     Teks
v.      Animasi
vi.     Laman Web

1.3      Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
 - Kemahiran mendengar.
 - Kemahiran bertutur.
 - Kemahiran membaca.
 - Kemahiran menulis.


JAWAPAN :

i.              Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satudaya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ia lebih mantap dan berkesan. Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

ii.            Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ia juga dikatakan merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan atau emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

iii.           Grafik
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Ia merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

iv.           Teks
teks merupakan salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.

v.            Animasi
Animasi merupakan salah satu bahagian grafik komputer yang menyajikan pandangan-pandangan yang sangat aktraktif juga merupakan sekumpulan gambar yang dipaparkan secara berturut-turut dengan cepat untuk mensimulasi gerakan yang hidup. Pemanfaatan animasi boleh ditujukan untuk simulasi, menarik perhatian pengguna komputer pada bahagian tertentu dari skrin, membayangkan cara kerja suatu alat atau memaparkan keluaran program dengan gambar-gambar yang menarik berbanding dengan sederetan angka, serta tidak ketinggalan untuk program-program permainan

vi.           Laman web
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan HyperText Transfer Protocol.



No comments:

Post a Comment