Minggu :
3
Tarikh :
9 Januari 2013
Masa :
10.30 pagi – 1.30 petang
Topik : Aplikasi Garis
Panduan dan Etika Penggunaan Internet
- Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
- Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan garis panduan dan etika panduan internet?
- Maksud garis panduan
- Contoh garis panduan
JAWAPAN :
i.
Maksud garis panduan
Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan
pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan
mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh
bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke
semasa.
Komunikasi secara elektronik juga dilihat
sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian
maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan
penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah.
Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh
menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang
bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan
kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Tujuan utama garis panduan ini ialah
untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap
keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko
gangguan operasi internet dan e-mel.
ii.
Contoh garis panduan
Hak Akses
Pengguna
Hak akses dilihat sebagai satu kemudahan yang
disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahasa semua aset ICT di bawah
kawalannha (termasuk maklumat) adalah hak milik kerajaan.
Memilih laman
Laman yang dilayari hendaklah berkaitan dengan bidang
kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh guru.
Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah
ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Rujukan sumber internet perlu dinyatakan
Memuat
Naik Bahan
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet
hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada guru sebelum dimuat naik.
Memuat Turun Bahan
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan
yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara.
No comments:
Post a Comment