08 January 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum


Minggu          : 1
Tarikh             : 2 Januari 2013
Masa              : 2.00 – 5.00 petang
Topik              : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
      • Menggunakan web, video, audio, teks dan imej
      • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
      • Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog


Soalan 1        : Apakah yang dimaksudkan dengan enjin carian?
Jawapan       :

        Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda. 

       Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. 

       Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. 

       Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. 


Soalan 2        : Contoh-contoh enjin carian.
Jawapan       :






No comments:

Post a Comment