02 February 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 4



JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 4
Tarikh            : 14 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang

SOALAN :
Nyatakan aspek kesusasteraan yang digunakan dalam proses pengajaran sastera Bahasa Melayu

Guru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yangakan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusahamencari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku ceritarakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akandisenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa. Antaranya, Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan bahan berupa petikan seperti berikut :
  1. Pandangan guru Bahasa Melayu. ‘Apakah tujuan ia memilih sesuatu petikan itu?’
  2. Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.
  3. Linguistik dan pedagogi. ‘Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan?’
Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya bahasa yang baik, mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada pelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya. Pergerakan proses pembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada perkarayang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi sukat-sukat bagi prinsip pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa. Manakala menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi juga perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajar dalam kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun), tahap 4 romantik (umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahap generalisasi (umur 16 tahun). Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi pelajar akanmemudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan. Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar belakang dan budaya pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atautidak berkesan sama sekali. Dalam pada itu EL Moody seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip penting dalam pemilihan bahan iaitu :
  1. Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar.
  2. Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak.
  3.  Adanya urutan kronologi.
  4. Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan.

   Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan bahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta mempertimbangkan perkaraseperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan, objektif pengajaran dansebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan dan tidak  berkesan.





No comments:

Post a Comment