22 February 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 8



JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 8
Tarikh            : 20 Februari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang

Topik             : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian (online) dan Luar Talian (offline)

SOALAN  :
1.    Apakah yang dimaksudkan pengajaran atas talian dan luar talian?
2.    Huraikan perkara-perkara berikut:
a)    TMK untuk Pembelajaran Tutorial
b)   TMK untuk Pembelajaran Penerokaan 


JAWAPAN  :

PENGAJARAN ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN

Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet.

Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.

Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

1.    Dapat mengakses bahan dengan cepat
2.    Kepelbagaian bahan di internet
3.    Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.


ICT (TMK)  UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
  • Pembelajaran ekspositori
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
  • Latihan atau latih tubi yang di sampaikan dan dikawal oleh sistem.

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI)4 digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri. Pembelajaran ekspository merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen berikut :
  • Mempersembahkan maklumat
  • Membimbing
  • Menyediakan/memberi latihan
  • Menilai pencapaian 

Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996). Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan  dalam memberikan pertimbangan boleh :
  • mengakibat pembaziran masa dan tenaga
  • menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
  • menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
  • mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu


Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan :
  • Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
  • Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian
  • Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
  • Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)

Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :
o   Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
o   Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
o   Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:
  • Kelas yang mengandung murid yang ramai dengan kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.
  • Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer. Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini guru boleh menggunakan perisian khusus untuk pemulihan.
  • Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.


ICT (TMK) UNTUK PEMBELAJARAN PENEROKAAN 
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
  • mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
  • melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.


Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
  • Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
  • Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
  • Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
  • Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.





No comments:

Post a Comment