10 February 2013

BMM3105 : JAWAPAN MINGGUAN 6



JAWAPAN MINGGUAN
Minggu          : 6
Tarikh            : 28 Januari 2013
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang

Topik             : Mengapikasikan Stuktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Soalan:
a)    Apakah yang di maksudkan dengan struktur perpautan?
b)   Jelaskan struktur perpautan berikut.
i.    Struktur Hierarki
ii.   Strktur Komposit
iii.  Struktur Rangkaian
iv.  Struktur  Linear
c)    Paparkan struktur-struktur perpautan  di atas melalui rajah atau grafik.
d)   Berikan satu contoh bagi setiap struktur perpautan di atas.

JAWAPAN :

            Struktur Perpautan lebih dikenali sebgai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk “powerpoint”. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam “powrpoint” lebih mudah berbanding dalam bentuk lain.

            Strruktur Perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi font. Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu alamat ang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.
                          
Struktur hierarki

Struktur hierarki dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik  atau tajuk utama yang berkaitan dengan pelajaran. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik (dahan dan ranting). Peranan guru  dalam struktur hierarki ini ialah menyediakan satu laman utama yang di dalamnya mempunyai beberapa pautan yang boleh membantu murid-murid menyelesaikan tugasan atau latihan mereka.

Peranan murid pula ialah mereka perlu melayari laman induk terlebih dahulu untuk melihat struktur perpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan. Kesimpulannya, murid dapat menggunakan satu laman web yang akan menghubungkan mereka kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk utama mereka.

Struktur Komposit

Struktur komposit merupakan struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. Melalui struktur ini murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.

Struktur Rangkaian

Struktur rangkaian menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

Struktur Linear

Struktur linear ialah sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan  atau ke belakang sahaja. Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.  Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.






No comments:

Post a Comment