Showing posts with label Teori. Show all posts
Showing posts with label Teori. Show all posts

28 January 2012

Takrif Fonetik & Fonologi




----------------
Fonologi
----------------


Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa
sesuatu bahasa dan fungsinya dan sistem
bunyi bahasa tersebut.

Terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.


----------------
Fonetik
----------------

Bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan
 oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi.

Terbahagi kepada tiga cabang:
Fonetik pendengaranfonetik akustikfonetik artikulasi.




---------------
Fonemik
----------------

Cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem

bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik,
 khususnya untuk mengenalpasti fonem-fonem dalam bahasa
tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.




p/s : Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut
mengenai fonetik dan fonologi,
pelajar atau guru boleh mendapatkan buku karya
Abdullah Hassan, Mardian Shah Omar, dan Indirawati Zahid
di kedai-kedai buku yang berhampiran.


Pelbagai info-info yang menarik terdapat di dalam buku ini.







27 January 2012

|| DeFiNiSi BaHaSa ||




Bahasa dapat ditakrifkan melalui pelbagai perkara..
Berikut adalah pengertian dan definisi bahasa menurut para ahli falsafah :

Wilhelm Von Humboldt 
(sarjana Jerman)   
mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi

Ferdinand de Saussure 
(sarjana linguistik Swiss, awal abad ke- 20)
 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat

Charles F. Hockett 
memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, 
iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit

John B. Carol
  juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang 
merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi

Bloch dan Trager 
mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang 
arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi..




kalau diikutkan terdapat banyak teori dan fakta-fakta yang
telah dikeluarkan oleh ahli-ahli falsafah mengenai bahasa ini.
Tapi setakat ini sahaja yang paan dapat senaraikan..
takpe..kalau ada masa paan akan "korek" lagi maklumat..
hehe..