Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

06 February 2012

Fungsi Bahasa Melayu





Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi iaitu
dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem 
pendidikan Negara, urusan perdagangan dan perusahaan, 
upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.


Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu berfungsi atau berperanan sebagai bahasa 
atau alat untuk menghubungkan penutur – penutur 
yang menuturkan pelbagai bahasa atau dialek.


Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi menyampaikan 
ilmu / pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.


Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di 
sekolah kerajaan (kecuali sekolah rendah jenis kebangsaan) 
dan pusat pengajian tinggi.



27 January 2012

|| DeFiNiSi BaHaSa ||




Bahasa dapat ditakrifkan melalui pelbagai perkara..
Berikut adalah pengertian dan definisi bahasa menurut para ahli falsafah :

Wilhelm Von Humboldt 
(sarjana Jerman)   
mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi

Ferdinand de Saussure 
(sarjana linguistik Swiss, awal abad ke- 20)
 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat

Charles F. Hockett 
memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, 
iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit

John B. Carol
  juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang 
merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi

Bloch dan Trager 
mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang 
arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi..




kalau diikutkan terdapat banyak teori dan fakta-fakta yang
telah dikeluarkan oleh ahli-ahli falsafah mengenai bahasa ini.
Tapi setakat ini sahaja yang paan dapat senaraikan..
takpe..kalau ada masa paan akan "korek" lagi maklumat..
hehe..