22 April 2013

PANTUN 2 KERAT (NASIHAT)



         Pantun merupakan puisi tradisional yang digunakan secara meluas sejak zaman dahulu kala hingga ke zaman sekarang. Kini penggunaan pantun masih  lagi digunakan dalam aktiviti seperti majlis rasmi, majlis perkahwinan, pertandingan-pertandingan dan banyak lagi.

           Pantun mempunyai rima. Bagi pantun 2 kerat rimanya ialah aa. Jenis-jenis pantun dinamakan dan diklasifikasikan berdasarkan isi atau maksudnya, tema yang hendak disampaikan dan peranannya kepada masyarakat.

BIL
Rangkap Pantun
Maksud
1.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.
Berharap agar rakan sudi membantunya lagi.
2.
Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.
Orang yang banyak bercakap selalu bercakap bohong.
3.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas.
Berharap agar rakan membalas surat yang diterima.
4.
Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Orang yang malas berusaha sudah pasti tidak akan berjaya.
5.
Pagi petang siang malam,
Hari terang senang faham.
Orang yang bijak mudah memahami sesuatu perkara.
6.
Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.
Manusia mesti bertanggungjawab terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya.
7.
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.
Orang yang terakhir mestilah berkemas.
8.
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.
Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
9.
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.
Penipu dan pencuri dipandang hina dalam masyarakat.
10.
Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.
Setelah dimarahi, barulah tahu membawa diri.



No comments:

Post a Comment