01 February 2012

Bengkel Penulisan Pantun



Jabatan Pengajian Melayu
dan Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
akan menganjurkan


Bengkel ini diwajibkan kepada semua
guru pelatih yang mengambil Kursus Bahasa Melayu
dan terbuka kepada semua pelajar institut.

untuk maklumat lanjut boleh layari
laman web Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA



29 January 2012

Bidang Fonetik




---------------------------------------------------------

FONETIK AUDITORI

Kajian yang berkaitan dengan pendengaran
terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan.

Pendengaran sangat penting untuk menentukan
jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi-bunyi agar
bunyi-bunyi itu agar dapat diperturunkan ke dalam bentuk
lambang-lambang yang tepat.

---------------------------------------------------------

FONETIK AKUSTIK

Sifat atau hakikat bunyi itu sendiri
(bidang ini meneliti apa itu bunyi)

Menggunakan alat-alat tertentu seperti palatogram,
letromiografi dan laringoskopi untuk mengkaji sifat-sifat
fizikal bunyi bahasa yang diungkapkan.

Bunyi ialah gelombang-gelombang udara yang
asalnya keluar dari paru-paru kemudian mengalami
beberapa gangguan yang dibuat oleh alat-alat artikulasi.

---------------------------------------------------------

FONETIK ARTIKULASI

Mengkaji bagaimana bunyi itu dihasikan atau
dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi seperti bibir, anak
tekak, lidah dan paru-paru.

Bunyi terhasil daripada udara yang keluar daripada
paru-paru kemudian lalu pada pita suara yang boleh
menentukan keadaan bunyi contohnya nyaring, kuat
atau perlahan.