Tidak mengandungi subjek dan prediket.
Binaan Frasa
Terbahagi kepada 4 jenis:
- Frasa Nama (FN)
- Frasa Kerja (FK)
- Frasa Adjektif (FA)
- Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa Nama
Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:
- Inti + Penerang
- Inti + Penerang Nama
Contoh: askar Melayu, budak perempuan, gelang kaki, bilik mesyuarat
- Inti + Penerang Bukan Nama
- Inti + Inti
Frasa Kerja
Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek).
- Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama).
- Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).
FK Tanpa Objek
- FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan)
- Contoh:
Datuk sedang mandi (di sungai itu)
Emak sudah pergi (ke pasar)
- FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan)
- Contoh:
Ali berada di dalam rumahnya
Sarimah menjadi penyanyi
FK Dengan Objek
- FK dengan satu objek
- Contoh:
Saya menjawab surat itu
Penumpang itu menaiki feri
- FK dengan dua objek
- Contoh:
Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya
Kakak memasak makanan untuk kami
Frasa Adjektif
Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai:
FA sebagai predikat
Contoh:
Suara penyanyi itu merdu
Warna bajunya kemerah-merahan
FA sebagai unsur keterangan (KK)
Contoh:
Mereka pulang segera
Kereta bergerak terlalu laju
FA sebagai penerang KN dalam predikat
Contoh:
Nasi lemak masakan popular
Usman Awang Pensyair Agung
#Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
- paling, terlalu
- Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising
- sekali, benar, nian
- Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
- amat, sungguh
- Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani sungguh
Frasa Sendi Nama
Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS:
- Sendi Nama + Frasa Nama
- Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Contoh: ke luar jendela / dari dalam hatinya
- Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara
- Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam
Nota Tambahan
Frasa Nama
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.
Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:
Frasa Nama
|
Nota
| |
Penerang
|
Inti
| |
Perdana
|
Menteri
|
Penerang nama jawatan
|
Tuan
|
Ahmad
|
Penerang gelaran/panggilan
|
Timbalan
|
Menteri Pelancongan
|
Penerang nama jawatan
|
Frasa Nama
|
Nota
| ||
Bilangan
|
Penjodoh bilangan
|
inti
| |
Lapan
|
bilah
|
pedang
|
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan
|
Semua
|
-
|
murid
|
Penerang kata bilangan
|
Enam
|
ekor
|
buaya
|
Kata bilangan dan penjodoh bilangan
|
Selain susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
Contoh:
Inti
|
Penerang Adjektif
|
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
|
Penentu belakang
|
Kereta
|
berkilat
|
ayah
|
itu
|
Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
| ||
Frasa Kerja Transitif
|
Frasa Kerja Tak Transitif
| |
( i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
|
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
|
Frasa kerja tak transitif berpelengap
|
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
|
( kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.
|
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek
|
Predikat
|
Nota
| ||
Frasa Nama
|
Frasa kerja
| |||
Kata bantu
|
Kata kerja
|
Keterangan
| ||
Lelaki itu
|
sedang
|
makan
|
di atas meja.
|
maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
|
Cikgu
|
masih
|
menulis
|
di papan hitam.
| |
bayi itu
|
sedang
|
merangkak
|
dengan laju.
| |
Jamal
|
akan
|
datang
|
esok
| |
Khatib
|
sedang
|
berkhutbah
|
di surau
|
contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek
|
Predikat
|
Nota
| ||||
Frasa nama
|
Frasa kerja
| |||||
Kata bantu
|
Kata kerja
|
pelengkap
|
Penerang
|
keterangan
| ||
Mereka
|
akan
|
pulang
|
ke rumah
|
secepat mungkin
|
dalam minggu ini
|
pelengkap frasa sendi nama
|
Ahmad
|
ingin
|
menjadi
|
penyanyi
|
yang terkenal
|
di negara ini
|
pelengkap kata nama
|
Saya
|
tinggal
|
di Klang
|
Pelengkap frasa sendi nama
|
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
|
Predikat
|
Nota
| ||
Penguat hadapan
|
Kata Adjektif
|
Penguat Belakang
| ||
Ahli Gusti itu
|
sungguh
|
handal
| ||
Ali
|
sangat
|
pandai
| ||
Awak
|
hebat
|
betul
|
Frasa sendi nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
|
Predikat
| |||
Frasa sendi nama
| ||||
Kata bantu
|
Kata sendi nama
|
Kata arah
|
Frasa nama
| |
Alias
|
dari
|
arah selatan
|
Tanjung Malim
| |
Rombongan sekolah
|
akan
|
ke
|
Menara Kuala Lumpur
| |
Kedai Pak Abu
|
di
|
depan
|
masjid
|
mohon izin untuk digunakan. Terima kasih ya.
ReplyDelete6
ReplyDeletehanif dan hajiz berjaya menawan gunung kinabalu walaupun menghadapai pelbagai halagan
ReplyDeletemohon kongsi
ReplyDelete